13 August 2009

GIMIK PERASMIAN HARI ICT SK KAMPONG GELAM


Guna pancing nak turunkan watikah perasmian tu... peh gempak. Muzik mission Imposible di mainkan serentak.
Kumpulan dikir barat mengalunkan dikir barat tentang ICT.
Terima kasih tak terhingga buat semua yang terlibat menjayakan Hari ICT SK Kampong Gelam, Melaka.

HARI ICT







Melaka, 28 Julai - Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam, Tanjung Kling, Melaka telah melancarkan Hari ICT buat julung kalinya bagi tahun 2009.

Menurut Tn. Hj. Rosli bin Abu Bakar (Guru Besar), program ini dilancarkan untuk menerapkan budaya ICT sepanjang hayat di kalangan warga SK Kampong Gelam. Di samping itu diharapkan program ini dapat memenuhi keperluan negara, mempercepatkan tugas dengan lebih efesien serta mewujudkan masyarakat yang celik IT.

Pelbagai program telah diatur oleh Jawatankuasa Kerja Hari ICT yang diketuai oleh Puan Siti Hajar Goh bt Abdullah, antaranya pertandingan berkaitan ICT yang melibatkan guru dan pelajar, pertunjukan Robotik, manakala Aktiviti Show Time dijalankan bagi melatih guru dalam pemasangan komponen komputer. Aktiviti mengenal, buka dan pasang komponen komputer juga dijalankan yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia ICT.

Syarikat Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia yang bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia juga turut terlibat dalam program ini bagi menyebarkan maklumat terkini tentang dunia ICT bagi warga SK Kampong Gelam khasnya.

Pegawai Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan, Melaka, Encik Suhani bin Hassan telah dijemput merasmikan program ini. Dalam ucapannya beliau menegaskan kepada para pelajar akan kepentingan ilmu ICT dalam dunia kini. “Diharapkan program yang dijalankan ini dapat menyahut cita-cita murni Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membestarikan seluruh sekolah di Malaysia. Di samping itu diharapkan dapat membina dan mengekalkan budaya penggunaan ICT di kalangan guru dan murid”.

Majlis pelancaran kali ini diserikan dengan persembahan Dikir Barat tentang ICT oleh pelajar. Para pelajar turut terhibur dengan kemunculan maskot Burung Kenari dan Burung Pekaka dari Dewan Pelajar ihsan DAWAMA Sdn Bhd di akhir majlis.

Apa yang diharapkan melalui program ini kita dapat mencapai matlamat mewujudkan budaya ICT di kalangan warga SK Kampong Gelam.

JIMAT & BERBALOI

"Saya ingin berkongsi pengalaman saya menggunakan Power Saver ini. Bulan lepas saya telah terjumpa laman web power saver secara tidak sengaja. Setelah membaca iklan tersebut saya ragu-ragu tapi ingin mencuba juga.
Boleh cuba... layari http://www.alatpenjimatan.com/index.php?ref=bilturun